XILOFON

PERKUSI BERMALLET - XILOFON
     
SEJARAH RINGKAS XILOFON
Ramai ahli sejarah barat menyatakan xilofon bermula dari Asia Timur dan kemudian berkembang ke Afrika. Walau bagaimanapun sehingga hari ini perkara ini masih dibahaskan.
Artifak xilofon kayu 16 bar telah dijumpai di China pada tahun 2000 S.M. Kemudian ahli sejarah menjumpai artifak yang hampir sama menyerupai seperti ‘ranat’ alat seperti xilofon di kawasan Hindi. Ini diperkuatkan bukti penggunaan  alat seperti xilofon yang pernah digunakan di kuil-kuil di sana.
Pada 1500 S.M., xilofon mula dibawa ke benua Eropah dan kemudian ke kawasan Negara Latin oleh hamba abdi dari Afrika antara tahun 1500 – 1700 Masehi. Ia mula berubah mengikut keadaan setempat dan dikenali sebagai  marimba di Amerika Selatan.
Pada tahun 1511, komposer Jerman, Arnolt Achlick mula menyenaraikan alat tersebut dalam katalog alat muziknya dan dipercayai orang Eropah pertama mengenalinya.  
Pada 7 April 1866, perkataan xilofon mula diberikan. Tahun 1874, xilofon digunakan buat kali pertamanya  dalam orkestra oleh Charles Camille Saint-Saens dalam karyanya ‘ Danse Macabre’.
1910-1940, adalah zaman kecemerlangan  vaudeville dan ragtime, Pemain terkenal xilofon dalam era itu termasuk George Cary, George Hamilton Green dan Harry Breuer. Kemudian genre muzik baru iaitu jazz mula diperkenalkan dan  alat vibrafon  mula digunakan.
Kepulauan Jawa dan Bali menggunakan alat muzik mirip xilofon dalam ensembel gamelan. Ia juga mirip seperti alat muzik tradisional yang digunakan di Afrika, Malaysia, Melanasia, Indonesia dan juga di rantau Amerika.

 Teknik bermain Xilofon

Langkah 1.
Berdiri hampir kira-kira 8 inci daripada  xilofon  dan berkeadaan  selesa dengan postur yang betul. Pegang mallet dengan genggaman yang betul.



Langkah 2
Letak music stand berdekatan dengan xilofon dan  boleh dilihatnya dengan mudah. Pegang mallet kira-kira empat  atau enam sentimeter selari dengan bar,  pastikan tangan tidak begitu tinggi dan terlalu jauh daripada bar.



Langkah 3.
Gunakan pergelangan tangan anda, naikkan kepala mallet ( pemukul ) kira-kira 12 sentimeter dari atas  bar. Palu bar dengan pergerakan naik-turun pergelangan tangan dengan cepat.

Langkah 4.
Sekiranya paluan diikuti dengan dengan tangan yang sama secara berterusan, letakkan semula mallet ke tempat asal  kira-kira 12 sentimeter. 


Penyelenggaraan Xilofon

Langkah 1
Lap bar dengan menggunakan kain yang lembut agar sentiasa bersih dan tidak   berhabuk.

Langkah 2
Pastikan setiap bar itu berada dalam kedudukan yang betul.

Langkah 3
Selubung xilofon sepenuhnya jika  tidak digunakan bagi menggelakkannya daripada lembab dan panas.

panitia muzik

panitia muzik