REKODER


SEJARAH
Dicipta pada abad ke 15 di Eropah.
Pada zaman itu rekoder diperbuat daripada kayu,gading dan ebony.
Digunakan sebagai alat iringan untuk nyanyian dan muzik latar untuk drama khususnya untuk membunyikan kicauan burung.
King Henry VIII (1491-1547) seorang maharaja yang meminati permainan rekoder.
Pencipta muzik terkenal seperti Bach, Purcell, Handel dan Vivaldi pernah mencipta muzik untuk permainan rekoder.
Pada abad ke -18 rekoder dimainkan sebagai alat tiup kayu dalam orkestra.
Selepas perang dunia pertama, rekoder telah dipopularkan.
Menjadi pilihan kebanyakkan negara dalam pengajaran muzik kerana senang dipelajari dan harganya tidak mahal.
Rekoder ensembel adalah satu cara permainan yang menarik dan dapat  memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar.

POSTUR
- Badan tegak dan selesa.
- Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan.
- Tangan regang sedikit supaya tidak mengganggu pernafasan.
- Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri di bahagian atas rekoder dan jaritangan kanan di bahagian bawah rekoder.
- Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.
- Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik.

EMBOUCHURE
- Masukkan bahagian pemipit di antara bibir dan rapatkan bibir. Jangan gigit rekoder.
- Jangan tegangkan bibir dan biarkan bibir dalam keadaan selesa.



   PENGLIDAHAN

—Bunyikan ‘du’ dengan lidah untuk not tengah, ‘lu’ untuk not rendah dan ‘tu’ untuk not tinggi.
—Untuk ‘double tongueing’, bunyikan ‘du-ku’.
—Untuk memainkan not kaitan, penglidahan berlaku pada not pertama sahaja.
—Untuk permainan ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk menjadikan not itu pendek.

 PERNAFASAN

—Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan secara perlahan dan terkawal.
—Untuk meniup not tinggi, gunakan lebih tekanan udara dan lepaskan secara laju.
—Gunakan satu pernafasan untuk meniup satu frasa.


PENJARIAN

Tangan Kiri
—Ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder.
—Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
—Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
—Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
Tangan Kanan
—Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
—Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
—Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
—Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
—Pada lubang rekoder bernombor 6dan 7, terdapat dua pembukaan kecil. Pembukaan kecil tersebut digunakan untuk menghasilkan bunyi syap (#) dan flet (b).




Gambar rajah : Penjarian Rekoder Mengikut Sistem Nombor.
















panitia muzik

panitia muzik