DRUM SAMPING

Pengenalan.

Di dalam pasukan pancaragam drum samping merupakan alat yang terpenting dan di letakkan di barisan hadapan. Drum samping telah berkembang pada sekitar kurun ke 16.
 Gaya permainan drum samping terbahagi kepada  2 iaitu gaya permainan dengan menggantungkan drum samping dengan tali penyangkut (sling) di bahu kanan dan drum samping yang menggunakan penyokong (stand). Lihat rajah 1.1

Sticks digunakan berpasangan bagi menghasilkan bunyi apabila dipalu ke atas permukaan drum. Kesan bunyi yang paling penting ialah roll .Permukaan atas drum samping dipanggil ‘batter head’ , permukaan inilah yang di palu dengan menggunakan  stick. Di permukaan muka bawah drum samping terdapat lingkaran wayar besi yang tersusun rapat dalam saiz yang tertentu dan di pasang melintang dengan laras yang tertentu, ia dipanggil snare. Snare ini berfungsi sebagai memberi getaran apabila dipalu dengan sticks.

                                                            

                                  Cara Memegang Sticks Dram Samping.

A.  Posisi Tangan Kanan.

  1. Stick drum samping itu mestilah berada dalam keadaan selesa dipegang.
  2. Ia mesti dipegang di antara jari ibu dan jari telunjuk dengan satu pertiga daripada panjang kayu tersebut.
Gunakan telapak tangan dan jari selebihnya untuk mengimbang stick tersebut.      
                   
                    
            Cara pegang tradisonal


          

A.  Posisi Tangan Kiri.


  1. Letakkan di celah jari diantara jari ibu dan jari telunjuk kayu stick drum samping satu pertiga daripada panjang kayu tersebut.
 Genggaman kayu pemukul hendaklah dalam keadaan yang selesa untuk di ketuk agar tidak terlepas dari gengaman tangan.
          
                          

                  

A.  Membuat Paluan.

  1. Letakkan hujung stick di permukaan drum samping lebih kurang 90 darjah dengan postur selesa.
  2. Hujung stick mestilah berada sekurang-kurangnya di tengah permukaan muka drum samping tersebut.
  3. Pukulan mestilah tidak di buat berdekatan dengan rim drum samping.
  4. Bunyi terhasil apabila pukulan di buat di atas permukaan drum samping . Ini terhasil apabila udara yang terdapat di dalam drum tersebut mengetarkan muka bawah dan snare dram.
  5. Lantunan pukulan mestilah dilakukan dengan baik secepat yang boleh, pastikan hujung stick tidak menyentuh atau terlalu dekat dengan permukaan dram samping tersebut.
  6. Untuk membuat pukulan dengan menggunakan tangan kanan dan tangan kiri pukulan mestilah dibuat secara berselang-seli mengikut tempo yang dikehendaki.
Stick mestilah dinaikkan jika kayu pengetuk tangan kiri membuat paluan.



         

panitia muzik

panitia muzik