KOMPANG

PENGENALAN

Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang. Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulang pula adalah daripada kulit kambing.



SEJARAH

Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat iaitu ;
Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.

Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang  sehingga kini.Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)

 FUNGSI
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan.  Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
1.    Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)
2.    Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara             
     rasmi yang melibatkan pembesar
3.    Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
4.    Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak.
5.    Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi

Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.


TEKNIK PERMAINAN
Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan.  Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang. 

                                                 CARA MEMEGANG KOMPANG

Posisi kompang secara berdiri untuk perarakan



POSISI PEMAIN KOMPANG
Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.



Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;


  • Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.
  • Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.
  • Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang  dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.
Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;
  • Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu
  • Pukulan lagu dan
  • Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.
PUKULAN MULA, PUKULAN LAGU DAN PUKULAN TAMAT


KOMPANG FORMASI


-           SEKOLAH PENUH KERAJAAN
-           ANGGOTA LELAKI/PEREMPUAN SEKURANG-KURANGNYA 2 KAUM D’MALAYSIA

PERSEMBAHAN
-          KOMPANG SENDIRI
-          SAIZ KOMPANG 8” – 15”
-          MASA TIDAK LEBIH 8 MINIT DIKIRA SEMASA PALUAN PERTAMA PESERTA DI DLM GELANGGANG
-          UKURAN GELANGGANG 16x16 METER
-          IRAMA ADALAH BEBAS
-          MESTI ADA MELALU, MENINGKAH, MENYILANG.
-          SEBARANG PERALATAN TAMBAHAN ADALAH DILARANG.
-          KOMPANG YANG ADA LOCENG DAN GEGENTA TIDAK DIBENARKAN.
-          AKSI AKROBATIK ATAU BERBAHAYA TIDAK DIBENARKAN
-          SEBARANG BUNYI SUARA, NYANYIAN, DIKIR TIDAK DIBENARKAN SEMASA PESERTA BERADA DI DALAM GELANGGANG.
PAKAIAN
-          BEBAS TIDAK MENJOLOK MATA

PEMARKAHAN PALUAN
-          GUBAHAN POLA IRAMA (KREATIVITI)                  : 15 MARKAH
-          BENTUK PALUAN                                                           : 15 MARKAH
-          KUALITI TON                                                                    : 15 MARKAH
-          TEMPO                                                                                              : 1O MARKAH
-          DINAMIK & EKSPRESI                                                   : 5 MARKAH
-          JUMLAH                                                                            : 60 MARKAH

PENJAGAAN KOMPANG
SIMPAN DI TEMPAT TIADA EKON – EFEK PADA KULIT KOMPANG
JANGAN BOH SEDAK – TON TAK SEDAP
JANGAN JEMUR – AKIBATNYA KULIT SEMAKIN KENDUR

FORMASI
-          KREATIVITI                                                                       : 15 MARKAH
-          KESERAGAMAN                                                                  : 10 MARKAH
-          KESESUAIAN GERAKAN DGN PALUAN                                    : 10 MARKAH
-          KETRAMPILAN                                                                    : 5 MARKAH
-          JUMLAH                                                                          : 40 MARKAH

PERATURANNYA
-          JIKA  JUMLAH MARKAH SAMA RUJUK JUMLAH MARKAH TERTINGGI MENGIKUT SUSUNAN PEMARKAHAN
-          PERSEMBAHAN MELEBIHI MASA – 2 MARKAH AKAN DITOLAK SETIAP MINIT SELEPAS ITU
-          PERSEMBAHAN YANG MELEBIHI 10 MINIT AKAN DITOLAK 10 MARKAH
-          KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD
PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT SR
BAHAGIAN PALUAN 35 MARKAH
-          GUBAHAN SEKURANG2NYA 2 BENTUK PALUAN
-          PALUAN HANYA DENGAN TANGAN
-          MELIBATKAN SEMUA AHLI

panitia muzik

panitia muzik